THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, December 2, 2008

Drama Indon Di TV Malaysia: Sampah?

Salam Sejahtera!

Saya mulakan catatan hari ini dengan petikan ayat berikut;

"Menonton tayangan TV Indonesia, ternyata kami harus pilih-pilih siaran juga, karena banyaknya tayangan sinetron yang tak realistis, terlalu mengada-ada, mengumbar kekerasan dan kebanyakan jalan ceritanya tidak mendidik sama sekali. Bila dibandingkan dengan cerita drama Melayu di TV Malaysia, alur cerita drama Melayu lebih realistis. Kalaupun ada konflik dan intrik baik dalam percintaan ataupun bisnis, ceritanya lebih mudah dicerna, masuk akal, tak berlarut-larut dan juga tak terlalu mengada-ada."

Sumber - http://f4iqun.wordpress.com/2007/04/02/menikmati-acara-tv-di-malaysia/

Tajuk diatas sengaja dibuat berbunyi demikian supaya mengundang sedikit provokosai (kalau ada lah...) dan meluahkan rasa yang terbungkam dalam hati. Sejak beberapa tahun lepas, drama Indonesia semakin mendapat tempat di stesen-stesen TV tempatan. Jadi, apa salahnya? Memang tiada yang salah cuma apabila jumlah masa tayangan dan bilangan rancangan yang disiarkan semakin bertambah, rasa muak semakin membuak-buak.

Sudahlah di Malaysia kini ada berjuta rakyat Indonesia (halal dan haram), industri hiburan sudah diterjah dan berjaya diduduki dengan selesa oleh mereka, terutama dalam dunia muzik dan seni suara, kini stesen-stesen TV Malaysia pula ingin ditawan. Sebenarnya bukanlah niat mereka ingin menguasai tetapi apabila stesen-stesen TV ini yang seperti begik dan tidak melihat keadaan sekeliling. Apakah penayangan drama dan sinetron Indonesia itu untuk menghiburkan jutaan warga asing Indonesia yang ada di Malaysia?

Ini belum lagi soal kualiti dan standard. Kita bakal bercakap pasal kualiti (atau dalam bahasa Indonesia, kualitas) drama dan sinetron itu sebentar lagi.

Saya masih teringat masa cuti sekolah zaman kanak-kanak saya. Stesen TV3 banyak menyiarkan drama atau filem Inggeris sama ada dari US, UK mahu pun Kanada. Tapi kini drama-drama 'kelakar' dari Indonsia menjadi pilihan. Mungkin kerana harganya lebih murah? Ya. Dengan harga yang murah datanglah kualiti yang rendah.

Apakah filem-filem Inggeris ini lebih baik dari Indonesia? Secara teknikalnya memang di akui drama-drama Inggeris tersebut lebih baik. Aspek lakonan dan mutu gambar jauh lebih baik. Namun yang paling saya hargai adalah keberadaan tayangan drama-drama dan filem Inggeris tersebut telah membolehkan saya meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris semasa cuti. Mungkin tidak semua penonton kanak-kanak menjadikan drama/filem Inggeris sebagai medium pembelajaran tapi masih ada impaknya lebih-lebih lagi tayangan drama asing di Malaysia menyertakan sekali subtitle dalam Bahasa Melayu. Seperti kata penulis blog di atas;

"Ada satu catatan yang patut diperhatikan, dalam beberapa acara yang disajikan dengan bahasa Melayu hampir selalu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dalam format teks di layar kaca TV dan sebaliknya. Hal ini sedikit banyak bermanfaat, karena pemirsa khususnya anak-anak bisa ikut belajar memperdalam bahasa Inggris dengan mendengar dalam format bahasa Melayu dan membaca terjemahannya dalam bahasa Inggris atau sebaliknya. Terbalik dengan TV di negara kita, ada yang berbahasa Inggris malah di dubbing sedangkan yang berbahasa Indonesia tidak di-teks-kan dalam bahasa Inggris."

Saya turut menyanjungi penyiaran drama-drama dan filem Inggeris semasa cuti sekolah zaman kanak-kanak saya. Selain pendedahan Bahasa Inggeris dalam slanga Inggeris yang pelbagai, drama/filem tersebut turut mengandungi sesuatu untuk dipelajari dan diterokai oleh kanak-kanak. Saya ambil satu contoh, sebuah drama mengenai pelukis tersohor Perancis, Vincent Van Gogh. Drama kanak-kanak tersebut mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang membongkar kisah Vicent Van Gogh dan lukisan-lukisannya dalam misi menyelamatkan satu maha karya (masterpiece) yang dicuri. Walaupun hanya sebuah drama/filem kanak-kanak tetapi isunya cukup matang dan mendidik penonton cilik tentang sesuatu yang baru.

Pada ketika ini, stesen TV swasta paling popular itu menyiarkan cerita-cerita murahan dari Indonesia yang berkisar tentang kijang emas bertukar jadi puteri lah, buku ajaib yang boleh mengubah nasib lah, ikan mas yang berkuasa hikmat lah dan sebagainya. Peninglah kepala anak-anak di Malaysia memilih kekarutan mana satu ingin mereka khayalkan.

Ada juga drama Indonesia ini yang 'menterjemah' dongeng rakyat Inggeris kepada Indonesia. Maka lahirlah 'Si Joko dan Pokok Kacang Ajaib' sebagi misal. Serba-serbi dalam drama tersebut berada pada tahap yang rendah. Tapi masih dibeli oleh stesen TV swasta.

Saya terpanggil untuk bercakap tentang sinetron Bawang Putih Bawang Merah. Sinetron yang konon-kononnya paling popular ini sedang diulang tayang oleh TV3 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Beberapa kali dilihat watak-watak dalam drama tersebut berdoa dan bersembahyang, menyebut nama Allah. Ada pulak seekor pari-pari yang melindungi mereka? Kalau sudah punya Allah yang Maha Melindungi, mana datang pari-pari itu? Dan kalau betul pari-pari itu dihantar oleh Allah, mengapa tidak bertudung, ber-skirt pendek dan baju melintang paras dada?
Drama Indonesia suka dan kerap membikin sesuatu mengikut suka dan membabi buta. Semua atas alasan hiburan dan rekaan semata-mata.

Aspek teknikal pula. Dalam Sepuluh minit drama itu ditayangkan, anda kiralah sendiri berapa kali kamera akan zoom pada muka sesorang kemudian zoom out, dan zoom in balik kemudian zoom out, dan berpindah ke wajah pelakon lain dan terus zoom in kemudian zoom out, dan zoom in balik kemudian zoom out. Acara zoom mengezoom muka watak ini merupakan kegemaran pengarah sinetron Bawang Putih Bawang Merah tersebut. Sangat menjelikkan dan menyakitkan mata!

Bukanlah nak mengatakan yang semua karya drama,sinetron atau filem dari Indonesia itu teruk dan setaraf sampah tapi kebanyaknnya begitulah. Sesiapa pun mengakui bahkan peminat sendiri tidak menafikan. Tapi kerana penawaran yang banyak, maka permintaan pun akan banyak.

Seruan saya kepada stesen-stesen TV tempatan, kurang-kurangkanlah tayangan drama-drama Indonesia itu. Para penggiat industri muzik kita sedang bertungkus lumus melawan tempias dan simbahan ombak tsunami artis dan penyanyi-penyanyi Indon. Penayangan drama-drama Indonesia ini umpama menikam belakang perjuangan artis-artis tempatan kerana sepertinya stesen-stesen TV mengibarkan panji Indonesia tatkala artis-artis tempatan berperang membawa bendera Malaysia. Sudahlah radio banyak memutarkan lagu Indon, takkan TV juga nak tayang banyak drama Indon?

Patutla orang Indon suka ke Malaysia. Terasa bagai dirumah sendiri.

3 comments:

IanLee87 said...

Saya sokong seratus peratus cadangan awak... tp ape yg harus kita buat utk mengurangkan siaran sinetron2 Indonesia ini???

Sy jg rasa yg penyiaran Filem Inggeris masa kecil2 dulu amat membantu dalam meningkatkan Penguasaan bahasa inggeris sy...

Adan Seaver said...

org malaysia suka layan cite Indon sbb org malaysia 1) suka layan emosi yang menghiburkan 2) suka tgk pelakon Indon yg cantik dan ensem, 3) mls nak tgk citer yang perlu berfikir

so, citer mls berfikir = sampah? ada juga filem n drama malaysia mcm tu kan?

Anonymous said...

somehow, i think most malaysian are too lazy to think while watching any kind of movie/tv series. some of 'em are like: 'uh? huh?! aper jadik?' at the end.

alo~~ bu peri? come on la..korang sumer darjah braper nak percaya benda2 bodo camtu? i think even kids dont watch those stupid things. and yeah, those common incidental music, fairytale-like theme always makes me wanna puke. tu xmasok kes syirik lagi tu. ish2~

satu lagi la...orang indon da hina kita over the net, and yet we still look high on them? man, you guys are real funny.

macam HizRyans kata, filem english tolong tingkat penguasaan bahasa inggeris, maybe gov should introduce bahasa indon in school. after all they said we came from one rumpun; yet, they trid to kill us with buloh which taken from rumpun buloh. man, how ironic.

sorry for my long reply.

p/s: my body is not in malaysia, but my soul always will. sedey bila tengok ada orang panggil kita 'malayshit'.